Malaysia, sebuah negera yang bersejarah. Oleh kerana, setiap negeri mempunyai sejarah tersendiri dan juga terdapat keistimewaan alam sekitar. Salah satu tempat adalah PULAU LANGKAWI.
Sejarah bagi Pulau Langkawi
Menurut
sebuah legenda misteri dari 200 tahun yang lalu, seorang wanita yang bernama
Mahsuri telah dituduh berzina dan dihukum bunuh ke atasnya. Tetapi keris yang
biasa tidak dapat membunuhnya. Dengan itu, penduduk terpaksa menggunakan sebilah keris yang istimewa
untuk membunuhnya.
Semasa
hukuman dijalankan, darah Mahsuri yang tertumpah berwarna putih. Sesetengah
orang mempercayai bahawa ini membuktikannya tidak bersalah. Sebelum Mahsuri
meninggal dunia, dia telah menyumpah bahawa pulau ini akan gersang selama tujuh
keturunan.
Hari ini, walaupun tujuh keturunan telah dating dan pergi
tetapi orang yang menduduki di Pulau Langkawi masih yakin terhadap belas
kasihan yang dinikmati oleh penduduk-penduduk di sini pada hari ini adalah
kerana sumpah itu telah tamat.
Mistik lagenda ini masih dapat dirasakan, terutamanya di
makam Mahsuri yang dikatakan menjadi tempat persemadian Mahsuri.
Keindahan Pulau Langkawi
Terdapat
beberapa tempat yang menarik iaitu:
Underwater World Langkawi
Di
underworld ini, kita dapat melihat pelbagai hidupan laut. Hidupan laut ini
telah diletakkan di dalam satu tangki kaca yang besar. Selain itu, Underwater
World ini terletak di Pantai Cenang dan ia juga merupakan salah satu pusat
tarikan yang menarik di Pulau Langkawi ini.
Terdapat lebih 100 tangki kaca yang beza untuk memelihara lebih 5000 jenis hidupan laut dengan saiz dan jenis yang berbeza di dalamnya. Jerung, pari tropika, penyu, penguin, anjing laut adalah tarikan utama di Underwater World ini. Untuk memudahkan pelancong berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut, terowong sepanjang 15 meter telah dibina.
***Underwater World ini buka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Galeria
Perdana ini meletakkan lebih kurang 2500 hadiah dan juga anugerah negara yang
telah dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan
isterinya.
Anugerah-anugerah yang dipamerkan dalam Galeria ini termasuklah barangan kristal, perak, seramik, barangan kulit, alatan seni muzik, senjata dan sebagainya. Terdapat satu perkara yang perlu diingatkan kepada para pelancong, megambil gambar tidak dibenarkan di Galeria ini. Pelancong boleh mendapatkan gambar- gambar yang dipamerkan di sebuah kedai cenderahati.
***Galeria ini buka pada pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Jumaat iaitu pada pukul 10 pagi hingga 2.15 petang & 3 petang hingga 5 petang.
Kereta Kabel Langkawi
Dengan
menaiki kereta kabel, ia akan membawa pelancong ke puncak Gunung Mat Chinchang di
Langkawi untuk melihat keadaan alam yang indah. Selain itu, untuk mencapai
puncak, selama 20 minit akan diambil dengan menaiki kereta kabel, sambil
menduduki di kereta kabel, pelancong akan melalui hujan-hujan yang tebal dan juga
air terjun di bawah kaki pelancong. Pelancong akan melihat sebagian kawasan Thailand dan Indonesia kalau cuaca terang.
Di samping
itu, pelancong juga dapat berjalan di atas “Langkawi sky bridge” – jambatan
laluan jalan kaki yang terpanjang.