Pages

Tuesday 5 June 2012

Pelancongan di Melaka

Melaka



                  Melaka terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripada berbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripada persefahaman dan usaha kita semua, sememangnya mempesonakan orang asing apabila mereka melawat ke sini. 

Tempat-tempat yang menarik di Melaka:

Taman Mini Malaysia



            Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka berdekatan pekan Ayer Keroh. Sekiranya anda berminat dengan senibina dan cara hidup tradisional, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda terokai. 







Setiap buah rumah di sini mewakilkan salah satu gaya senibina dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah rumah ASEAN yang dihiasi dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya di setiap negeri tersebut.











                Di dalam setiap buah rumah di sini, anda akan dapat melihat pelbagai seni kraftangan tulen yang berasal dari negeri atau daerah berkenaan. Rumah-rumah tradisional yang dibina dengan tiang kayu ini turut mempamerkan patung yang memakai baju Melayu tradisional gaya khusus bagi negeri berkenaan. 












               Taman ini memberi peluang kepada pelawat untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia dalam satu lawatan sahaja. Taman ini juga adalah tempat yang sesuai untuk berehat yang jauh dari kesibukan bandaraya.









****Untuk menjimatkan wang dan masa, anda disarankan melawat taman ini di dalam perjalanan menuju ke bandaraya Melaka atau sewaktu pulang. 







Bukit St. Paul




                  Pihak Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai yang dinamakan A'Famosa.


                Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.




               


               Perkarangan kubu itu pada masa dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.






               Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.





****Tidak menjadi kesukaran kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari tempat penginapan kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka. 



                                                             Bangunan Stadhuys



               Bangunan Stadhuys yang di bina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu. Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.




            

               
                 Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu.








                  Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.












Pelancongan di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur

                                                        Tugu Negara


               Di perkarangan Tugu Negara tersergam sebuah arca tugu peringatan gangsa yang terbesar di dunia. Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon. Tujuh orang askar yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini terletak di lokasi yang tenteram, di kelilingi dengan kolam air pancut yang dihiasi arca bunga teratai yang diperbuat dari pewter.


Menara Kuala Lumpur





            Menara KL yang mempunyai ketinggian 421 meter merupakan menara komunikasi yang keempat tertinggi di dunia dan salah satu dari tanda asas ibukota Kuala Lumpur yang terkenal.

          Anda boleh menaiki lif berkelajuan tinggi di menara ini dan singgah di pelantar pemerhatian di menara ini yang terletak di ketinggian 335 meter untuk melihat pemandangan indah ibu kota Kuala Lumpur. 


Menara Berkembar Petronas



            Menara Berkembar Petronas, bangunan 88-tingkat yang juga dikenali sebagai KLCC merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Menara kebanggaan Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah pusat bandar ini mengandungi kompleks pejabat, dewan konvensyen, sebuah taman yang luas dan kompleks membeli-belah.





              Seni bina menara berkembar ini direka oleh arkitek Amerika yang berasal dari Argentina iaitu Cesar Pelli yang mendapat ilham rekaan dari corak geometrik yang sering digunakan di dalam senibina Islam. Tarikan-tarikan lain yang terdapat berdekatan termasuk kompleks membeli-belah Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Sains Petronas, Galeri Seni Petronas, Aquaria Oceanarium dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .











           Jangan ketinggalan melawat jambatan udara (skybridge) yang dibuka kepada pelawat mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari hari Selasa hingga Ahad (ditutup pada hari Isnin). 





Saturday 2 June 2012

Pelancongan di Sabah

Sabah

          Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia.
          Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya di bawah laluan monsun.

Tempat-tempat yang menarik termasuklah:



                                                     PORING HOT SPRING





          Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.



         Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.



       Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.



Pengangkutan

          Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.

         Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.





                                          TAMAN HUTAN HUJAN SANDAKAN

           Taman Hutan Hujan Sandakan terletak kira-kira 9 km dari pusat bandar Sandakan di Sabah, Malaysia. Taman ini, meliputi sebuah kawasan 148.6 hektar, merupakan sebuah tapak awal penerokaan botani di Borneo dan tempat asal bagi lebih kurang 110 spesimen tip.  Terdapat banyak spesis flora dan fauna bagi kawasan tanah pamah dijumpai di hutan ini. 

          Antara tarikan istimewa bagi taman ini ialah : tumbuhan karnivor periuk kera, topotip hidup bagi lebih kurang 110 spesis tumbuhan, sejarah awal kawasan ini yang berkait rapat dengan penerokaan awal botani dan penempatan awal pinggir bandar yang dikenali sebagai Kebun Cina, sebuah bangunan pameran (Galeri Kebun Cina), dan trek jogging serta taman permainan untuk rekreasi luar. 


Laman web ini menyediakan maklumat berikut dalam Taman Hutan Hujan Sandakan :
  • KEMUDAHAN UNTUK REKREASI LUAR DAN PENDIDIKAN ALAM SEMULA JADI;
  • PAMERAN BAGI PENEROKAAN AWAL BOTANI, SEJARAH "KEBUN CINA", FLORA, FAUNA SERTA TARIKAN LAIN; DAN
  • PEMULIHARAAN BIODIVERSITI

    Sila layani web untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang lain:


                                                    GUNUNG KINABALU


              Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.

    Pengangkutan




              Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.



              Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding  bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.


    Harga Tiket:

    TAMAN  KINABALU

              BUTIR-BUTIR
              DEWASA(RM)
         KANAK-KANAK(RM)
    Pelancong Tempatan
                3.00
                  1.00
    Pelancong Asing
               15.00
                10.00







Pelancongan di Selangor

Selangor

Zoo Negara



          Zoo Negara mempunyai pelbagai koleksi haiwan, dan dibuka pertama kali kepada orang ramai pada 1963. Zoo Negara dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada 14 November, 1963. 

            Selain itu terdapat rumah burung, rumah reptilia, pusat monyet, laluan Savannah serta banyak lagi. Terdapat juga zoo malam hari pada hujung minggu. Anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang hanya aktif pada malam hari.


          Terdapat lebih 5137 haiwan, iaitu 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5 km dari Kuala Lumpur. Anda boleh juga menaiki tren dan menyaksikan pelbagai aksi haiwan di sini.

Pengangkutan

               Ambil LRT dan turun di stesyen Wangsa Maju. Naiki teksi untuk ke Zoo Negara.

***Waktu pembukaan: 9 pagi - 5 petang (hari biasa), 9 pagi - 10.30 malam ( hujung minggu dan cuti umum). (Tertakluk kepada pertukaran). 




                                         Litar Lumba Antarabangsa Sepang


             Memandangkan minat dunia yang semakin mendalam di dalam sukan bermotor, Malaysia kini mempunyai sebuah litar Formula 1 yang mencabar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.




           Litar F1 Sepang mempunyai dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin. Litar sepanjang 5.542km yang mengagumkan ini memaparkan 15 selekoh dan 8 jalan lurus. Perlumbaan Malaysia F1 Grand Prix Petronas mengumpulkan pemandu-pemandu terbaik dunia untuk bertanding di litar ini. 



          Dari Kuala Lumpur (KL), gunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Persimpangan KLIA. Perjalanan dari KL ke Litar Lumba F1 Sepang memakan masa lebih-kurang 45 minit.








****Kuala Lumpur - pengkalan anda untuk destinasi ini - menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan dari asraman pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang. Hotel Pan Pacific KLIA terletak hanya 10 minit dari litar lumba ini.


Pelancongan di Perlis

Perlis


Padang Besar

           Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan tempat pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti melalui pekan ini dan begitu juga sebaliknya. 






             Berjalan melewati stesen dan landasan keretapi ini akan membawa anda ke Pekan Siam iaitu 'syurga' bagi mereka suka tawar menawar harga barangan. Pekan ini dipenuhi barangan seperti kain, hasil kraftangan, makanan, buah-buahan dan pelbagai cenderahati. Jangan hairan sekiranya penduduk tempatan memanggil Padang Besar 'Padang Besaq' kerana ini adalah mengikut loghat tempatan mereka.


Pengangkutan

           Cara termudah untuk ke Padang Besar ialah dengan menaiki keretapi malam KTM iaitu Ekspres Langkawi dari stesen Sentral di Kuala Lumpur. Ekspress Langkawi bertolak setiap hari kira-kira jam 8 malam menuju ke Padang Besar dan perjalanan memakan masa selama lebih-kurang 10 jam. 


Gua Kelam



              Salah satu dari gua yang paling menarik di Malaysia ialah gua yang berukuran 370-meter panjang berhampiran pekan kecil Kaki Bukit yang dinamakan Gua Kelam.


          Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.








               Satu-satunya jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

.
          Anda masih boleh melihat peninggalan operasi melombong di sini. Sambil anda berjalan di dalam gua ini, bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah tanah berserta bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.


            Bunyi yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan oleh penduduk zaman purba sebagai tempat tinggal. Pelawat disarankan untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong untuk memasuki gua ini.







Pengangkutan

           Naiki bas yang menuju ke Kaki Bukit dari stesen bas utama di Kangar. Kemudian anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit sebelum tiba di hadapan pintu gua.




Taman ular dan Reptilia



             Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berhampiran Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke utara bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis. Taman Ular dan Reptilia ini merupakan sebuah pusat kejiselidik yang ditubuhkan bagi menghasilkan penawar bagi bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesis ular serta buaya dan biawak.






         Taman ini mempunyai ruang sangkar serta ruang pameran tertutup. Pekerja di taman ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama ular yang jinak di sini. 

Pengangkutan

            Dari Kangar, ikut papan tanda menghala ke Sungai Batu Pahat. Taman ini terletak hanya kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kangar.




Pelancongan di Cameron Highland

Cameron Highland


          Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.
         Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.
          Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.

Tempat-tempat yang menarik termasuk:


Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu  Ringlet 
          Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh.
Ladang Teh Sungai Palas 

          Panoramik indah  ladang teh yang di buka kepada pelawat  untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.

Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.


           Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi. Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kedua duanya terdapat rama-rama yang banyak dan serangga lain termasuk Raja Brooke rama-rama yang begitu terkenal.






Big Red Strawberry Farm

Lagi tempat menarik kat Cameron Highland ni ialah Big Red Strawberry Farm ataupun Taman Agro, masuk percuma dan boleh petik strawberry sendiri. Lokasi di Brinchang. Salah satu di antara ladang strawberry di Cameron Highlands ni


Melayani website ini:


http://www.youtube.com/watch?v=77Nn5iouRvM

Wednesday 30 May 2012

Pelancongan di Pulau Langkawi

          





















            Malaysia, sebuah negera yang bersejarah. Oleh kerana, setiap negeri mempunyai sejarah tersendiri dan juga terdapat keistimewaan alam sekitar. Salah satu tempat adalah PULAU LANGKAWI.






Sejarah bagi Pulau Langkawi


           Menurut sebuah legenda misteri dari 200 tahun yang lalu, seorang wanita yang bernama Mahsuri telah dituduh berzina dan dihukum bunuh ke atasnya. Tetapi keris yang biasa tidak dapat membunuhnya. Dengan itu, penduduk  terpaksa menggunakan sebilah keris yang istimewa untuk membunuhnya.

         Semasa hukuman dijalankan, darah Mahsuri yang tertumpah berwarna putih. Sesetengah orang mempercayai bahawa ini membuktikannya tidak bersalah. Sebelum Mahsuri meninggal dunia, dia telah menyumpah bahawa pulau ini akan gersang selama tujuh keturunan.
Hari ini, walaupun tujuh keturunan telah dating dan pergi tetapi orang yang menduduki di Pulau Langkawi masih yakin terhadap belas kasihan yang dinikmati oleh penduduk-penduduk di sini pada hari ini adalah kerana sumpah itu telah tamat.

        Mistik lagenda ini masih dapat dirasakan, terutamanya di makam Mahsuri yang dikatakan menjadi tempat persemadian Mahsuri.

Keindahan Pulau Langkawi


Terdapat beberapa tempat yang menarik iaitu:

                                             


Underwater World Langkawi



        Di underworld ini, kita dapat melihat pelbagai hidupan laut. Hidupan laut ini telah diletakkan di dalam satu tangki kaca yang besar. Selain itu, Underwater World ini terletak di Pantai Cenang dan ia juga merupakan salah satu pusat tarikan yang menarik di Pulau Langkawi ini. 


       
           
  Terdapat lebih 100 tangki kaca yang beza untuk memelihara lebih 5000 jenis hidupan laut dengan saiz dan jenis yang berbeza di dalamnya. Jerung, pari tropika, penyu, penguin, anjing laut  adalah tarikan utama di Underwater World ini. Untuk memudahkan pelancong berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut, terowong sepanjang 15 meter telah dibina.
                                     


***Underwater World ini buka pada pukul 10 pagi  hingga 6 petang setiap hari.



                                                          Galeria Perdana Langkawi 




          Galeria Perdana ini meletakkan lebih kurang 2500 hadiah dan juga anugerah negara yang telah dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isterinya. 



          
         


              Anugerah-anugerah yang dipamerkan dalam Galeria ini termasuklah barangan kristal, perak, seramik, barangan kulit, alatan seni muzik, senjata dan sebagainya. Terdapat satu perkara yang perlu diingatkan kepada para pelancong, megambil gambar tidak dibenarkan di Galeria ini. Pelancong boleh mendapatkan gambar- gambar yang dipamerkan di sebuah kedai cenderahati. 




***Galeria ini buka pada pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Jumaat iaitu pada pukul 10 pagi hingga 2.15 petang & 3 petang hingga 5 petang.
                                                                                       





                                                           Kereta Kabel Langkawi



Dengan menaiki kereta kabel, ia akan membawa pelancong ke puncak Gunung Mat Chinchang di Langkawi untuk melihat keadaan alam yang indah. Selain itu, untuk mencapai puncak, selama 20 minit akan diambil dengan menaiki kereta kabel, sambil menduduki di kereta kabel, pelancong akan melalui hujan-hujan yang tebal dan juga air terjun di bawah kaki pelancong. Pelancong akan melihat sebagian kawasan Thailand dan Indonesia kalau cuaca terang.   



Di samping itu, pelancong juga dapat berjalan di atas “Langkawi sky bridge” – jambatan laluan jalan kaki yang terpanjang.