Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia.
Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya di bawah laluan monsun.
Tempat-tempat yang menarik termasuklah:
PORING HOT SPRING
Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.

Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Pengangkutan

Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.
TAMAN HUTAN HUJAN SANDAKAN
Antara tarikan istimewa bagi taman ini ialah : tumbuhan karnivor periuk kera, topotip hidup bagi lebih kurang 110 spesis tumbuhan, sejarah awal kawasan ini yang berkait rapat dengan penerokaan awal botani dan penempatan awal pinggir bandar yang dikenali sebagai Kebun Cina, sebuah bangunan pameran (Galeri Kebun Cina), dan trek jogging serta taman permainan untuk rekreasi luar.
Laman web ini menyediakan maklumat berikut dalam Taman Hutan Hujan Sandakan :
- KEMUDAHAN UNTUK REKREASI LUAR DAN PENDIDIKAN ALAM SEMULA JADI;
- PAMERAN BAGI PENEROKAAN AWAL BOTANI, SEJARAH "KEBUN CINA", FLORA, FAUNA SERTA TARIKAN LAIN; DAN
- PEMULIHARAAN BIODIVERSITISila layani web untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang lain:GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.
Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.Harga Tiket:TAMAN KINABALUBUTIR-BUTIRDEWASA(RM)KANAK-KANAK(RM)Pelancong Tempatan3.001.00Pelancong Asing15.0010.00
No comments:
Post a Comment