Pages

Saturday 2 June 2012

Pelancongan di Selangor

Selangor

Zoo Negara



          Zoo Negara mempunyai pelbagai koleksi haiwan, dan dibuka pertama kali kepada orang ramai pada 1963. Zoo Negara dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada 14 November, 1963. 

            Selain itu terdapat rumah burung, rumah reptilia, pusat monyet, laluan Savannah serta banyak lagi. Terdapat juga zoo malam hari pada hujung minggu. Anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang hanya aktif pada malam hari.


          Terdapat lebih 5137 haiwan, iaitu 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5 km dari Kuala Lumpur. Anda boleh juga menaiki tren dan menyaksikan pelbagai aksi haiwan di sini.

Pengangkutan

               Ambil LRT dan turun di stesyen Wangsa Maju. Naiki teksi untuk ke Zoo Negara.

***Waktu pembukaan: 9 pagi - 5 petang (hari biasa), 9 pagi - 10.30 malam ( hujung minggu dan cuti umum). (Tertakluk kepada pertukaran). 




                                         Litar Lumba Antarabangsa Sepang


             Memandangkan minat dunia yang semakin mendalam di dalam sukan bermotor, Malaysia kini mempunyai sebuah litar Formula 1 yang mencabar yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.




           Litar F1 Sepang mempunyai dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin. Litar sepanjang 5.542km yang mengagumkan ini memaparkan 15 selekoh dan 8 jalan lurus. Perlumbaan Malaysia F1 Grand Prix Petronas mengumpulkan pemandu-pemandu terbaik dunia untuk bertanding di litar ini. 



          Dari Kuala Lumpur (KL), gunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Persimpangan KLIA. Perjalanan dari KL ke Litar Lumba F1 Sepang memakan masa lebih-kurang 45 minit.








****Kuala Lumpur - pengkalan anda untuk destinasi ini - menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan dari asraman pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang. Hotel Pan Pacific KLIA terletak hanya 10 minit dari litar lumba ini.


No comments:

Post a Comment