Pages

Tuesday 5 June 2012

Pelancongan di Melaka

Melaka



                  Melaka terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripada berbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripada persefahaman dan usaha kita semua, sememangnya mempesonakan orang asing apabila mereka melawat ke sini. 

Tempat-tempat yang menarik di Melaka:

Taman Mini Malaysia



            Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka berdekatan pekan Ayer Keroh. Sekiranya anda berminat dengan senibina dan cara hidup tradisional, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda terokai. 







Setiap buah rumah di sini mewakilkan salah satu gaya senibina dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah rumah ASEAN yang dihiasi dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya di setiap negeri tersebut.











                Di dalam setiap buah rumah di sini, anda akan dapat melihat pelbagai seni kraftangan tulen yang berasal dari negeri atau daerah berkenaan. Rumah-rumah tradisional yang dibina dengan tiang kayu ini turut mempamerkan patung yang memakai baju Melayu tradisional gaya khusus bagi negeri berkenaan. 












               Taman ini memberi peluang kepada pelawat untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia dalam satu lawatan sahaja. Taman ini juga adalah tempat yang sesuai untuk berehat yang jauh dari kesibukan bandaraya.









****Untuk menjimatkan wang dan masa, anda disarankan melawat taman ini di dalam perjalanan menuju ke bandaraya Melaka atau sewaktu pulang. 







Bukit St. Paul




                  Pihak Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai yang dinamakan A'Famosa.


                Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.




               


               Perkarangan kubu itu pada masa dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.






               Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.





****Tidak menjadi kesukaran kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari tempat penginapan kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka. 



                                                             Bangunan Stadhuys



               Bangunan Stadhuys yang di bina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina Belanda ketika itu. Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.




            

               
                 Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun yang lalu.








                  Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.












No comments:

Post a Comment