Pages

Tuesday, 5 June 2012

Pelancongan di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur

                                                        Tugu Negara


               Di perkarangan Tugu Negara tersergam sebuah arca tugu peringatan gangsa yang terbesar di dunia. Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon. Tujuh orang askar yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini terletak di lokasi yang tenteram, di kelilingi dengan kolam air pancut yang dihiasi arca bunga teratai yang diperbuat dari pewter.


Menara Kuala Lumpur





            Menara KL yang mempunyai ketinggian 421 meter merupakan menara komunikasi yang keempat tertinggi di dunia dan salah satu dari tanda asas ibukota Kuala Lumpur yang terkenal.

          Anda boleh menaiki lif berkelajuan tinggi di menara ini dan singgah di pelantar pemerhatian di menara ini yang terletak di ketinggian 335 meter untuk melihat pemandangan indah ibu kota Kuala Lumpur. 


Menara Berkembar Petronas



            Menara Berkembar Petronas, bangunan 88-tingkat yang juga dikenali sebagai KLCC merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Menara kebanggaan Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah pusat bandar ini mengandungi kompleks pejabat, dewan konvensyen, sebuah taman yang luas dan kompleks membeli-belah.





              Seni bina menara berkembar ini direka oleh arkitek Amerika yang berasal dari Argentina iaitu Cesar Pelli yang mendapat ilham rekaan dari corak geometrik yang sering digunakan di dalam senibina Islam. Tarikan-tarikan lain yang terdapat berdekatan termasuk kompleks membeli-belah Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Sains Petronas, Galeri Seni Petronas, Aquaria Oceanarium dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .











           Jangan ketinggalan melawat jambatan udara (skybridge) yang dibuka kepada pelawat mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari hari Selasa hingga Ahad (ditutup pada hari Isnin). 





No comments:

Post a Comment